Wednesday, April 9, 2014

           Wanita adalah ibu, isteri, kakak dan juga adik. Wanita seringkali dianggap kaum yang lemah dan sering dipergunakan dalam kehidupan bermasyarakat kini. Namun kita tidak menyedari, di sebalik kelembutan seorang wanita tersirat satu ketabahan yang ketara yang mampu melakukan sesuatu untuk pembangunan negara. Malah telah biasa kita dengar ‘tangan yang menghayun buaian boleh menggegarkan dunia’. Namun kata-kata ini biarlah berpaksikan kepada peranan dan sikap yang lebih positif demi kemajuan bersama. Ledakan teknologi maklumat, proses globalisasi, transformasi politik serta iklim ekonomi di peringkat nasional, mahupun global memberi pelbagai cabaran kepada wanita menjadikan wanita lebih berwibawa, hebat dan terus menyinar. Dengan ini, kita boleh melihat beberapa pentingnya wanita dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara. Oleh itu, di sinilah saya ingin menceritakan sedikit tentang isu semasa berkaitan yang dihadapi oleh seluruh dunia sekarang.
            Belakangan ini, lebih daripada setengah juta wanita mati dalam kehamilan atau semasa melahirkan anak setiap tahun - itulah satu kematian setiap minit. Kematian ini 99 peratus adalah di negara-negara yang sedang membangun. Selain itu, 200 juta wanita tidak mempunyai peranti kontraseptif yang selamat dan berkesan. 8 juta bayi mati setiap tahun sebelum atau semasa persalinan atau pada minggu pertama kehidupannya. Selain itu, kanak-kanak yang dibiarkan yatim adalah 10 kali lebih berkemungkinan untuk mati dalam tempoh dua tahun atas kematian ibu-ibu mereka. Masalah-masalah sebegini makin hari makin serius. Oleh itu, kita tidak boleh lagi menutup mata terhadap masalah ini kerana wanita juga merupakan insan yang banyak menyumbangkan.
            Selaras dengan Tema Hari Peringatan Sedunia Persatuan Pandu Puteri 2013 iaitu ‘Every Mother’s Life And Health Is Precious” yang bertujuan untuk menjaga kesihatan ibu yang baru bersalin ataupun sedang berhamil, beberapa cara yang proaktif telah digunakan untuk membantu mengatasi masalah ini. Selain itu, banyak oraganisasi di seluruh dunia juga telah mula mengambil perhatian terhadap masalah yang kronik ini. Walaubagaimanapun,terdapat peningkatan besar dalam kesihatan ibu sejak abad yang lalu, tetapi dekad yang lalu telah menunjukkan kadar yang perlahan daripada peningkatan dalam kesihatan ibu dan bukan semua negara telah bertambah baik bersama-sama. Hanya kira-kira 17 peratus daripada negara-negara berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran.
Dengan ini, saya berharap ibu-ibu di seluruh dunia, boleh mengambil tindakan daripada diri sendiri dahulu untuk mempengaruhi orang di sekitar kita. Kehamilan adalah masa yang paling sesuai untuk mula menjaga diri dengan baik daripada kedua-dua segi fizikal dan juga emosi. Beberapa panduan di bawah dapatlah membantu ibu-ibu untuk menjaga diri sendiri:
1. Rancangkan rawatan antenatal dari awal
2. Makan dengan diet yang sihat dan sesuai
3. Berhati-hati tentang kebersihan makanan
4. Mengambil tambahan folik asid dan memakan lebih ikan
5. Selalu bersenam
6. Lakukan senaman lantai pelvic
7. Hadkan pengambilan alcohol
8. Kurangkan pengambilan kafein
9. Berhenti merokok

Selain itu, masyarakat juga bertanggungjawab untuk menyebarkan mesej yang begitu penting ini. Secara kesimpulannya, komitmen daripada semua pihak amat diperlukan untuk membentung masalah ini. Segala begitu mencerminkan peranan wanita dalam sebuah kemajuan. Cogankata ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’ mengingatkan kita tentang peranan besar wanita dalam kemajuan negara. Ternyata, untuk menjadi negara maju dan hebat, khidmat dan usaha wanita tetap diperlukan. Bersesuaian benar dengan tema kita ‘Wanita Penjalin Kemajuan’.

No comments:

Post a Comment